Sunday 1 July 2012

Minggu Bz..

Starts from today 2nd till 6th July.. merupakan minggu yg paling busy dari hari-hari biasa.. hmm ada Warehouse sales untuk Raya 2012.. biasalah kalau dah kerja as Customer Services kenalah terlibat dalam sales ni..biasanya buat indoor jer.. aduhai..

So sebelum nak beramah mesra pelanggan ni..kenalah get ready.. ha bfast kena ambik dulu.. touchup la muka tu apa-apa yang patut.. biar berseri..hehehe

Apa-apapun kenalah terima seadanya.. berkerja dengan berdedikasi.. berhemah tinggi..bla..bla..bla.. hujung tahun tengok la nanti.. kut ada vit B lebih sikit dari biasa.. syukur alhamdulillah.. :)



Adoi.. tengok "Kecik" tido lentuk gitu.. aku rasa nak chow balik rumah & landing atas katil sekarang.. how?? buleh??

Jangan mimpi di siang hari !!

Mode : Sedey.. huaaaaa






Thursday 21 June 2012

Coklat Chip Muffins

Aku memang suka memasak, suka mencuba recipe-recipe baru, suka tengok AFC Channel @ Astro & paling suka tengok anak-anak & hubby berselera makan ... tak kisah la even it is a simple food..

OK hari ni nak share recipe - Coklat Chip Muffins.
Recipe asal from Nigella Lawson. Kenal tak Nigella tu? sapa-sapa yang suka tgk AFC Channel sure kenal punya..

Bahan-bahan :-
250gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula halus
150gm coklat chip
250ml susu segar
90ml butter - cairkan
1 biji telur
1 sudu esen vanila


Cara-cara :-
1. Satukan tepung, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko kedalam satu bekas. Ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, pukul telur, mentega cair, gula, susu segar sampai sebati. Jangan terlebih pukul.
3. Masukkan bahan-bahan kering tadi kedalam bancuhan telur tadi
4. Masukkan coklat chip & gaul sebati
5. Bolehkan masukkan ke dalam paper cup & bakar selama 20-25min pada suhu 170-180 DegC. 


Inilah hasilnya....
Walaupun tak segebu muffin Nigella Lawson tu.. tapi aku puas hati.. menjadi jugak..if letak more coklat chip lagi sedap rasanya..

So you all try la yer :)

7 Hari Mencintaiku..

Hari ni nk share pasal novel "7 Hari Mencintaiku"..
Novel ni best, sedih membaca sampai meleleh air mata.. sembab-sembab muka jadinya. teringat novel pertama Siti Rosmizah "Andai Itu Takdirnya" perasaan, geram, benci semua bercampur aduk..

Sebelum novel "7 Hari Mencintaiku" aku baca novel SR jugak.. "Lafazkan Kalimah Cintamu".. novel ni pun ok jugak.. tapi aku lebih suka novel pertama SR "Andai Itu Takdirnya".. apa-apa pun tahniah & syabas buat SR kerana berjaya menhasilkan novel yang sangat-sangat menyentuh perasaan tatkala membaca helaian demi helaian novel ini..


Sinopsis
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan ...
impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.

Sunday 17 June 2012

Bedugul Highland - Bali 2008

Salah satu tempat yg menarik untuk dikunjungi - Bedugul Highland.
Kawasan peranginan tanah tinggi, bercuaca sejuk & nyaman.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Kuta Beach. Perjalanan ke sana sama seperti ke Cameron Highland.. jalan berbukit-bukit & bengkang bengkok..


View dari dalam bas.. bayangkan kalau dah turun.. sure sejuknya!!


One of the temple kt Begudul ni..
Bila mula-mula sampai kat sini.. memang terpukau dengan pemandangan yg sangat cantik.. cuaca redup & sejuk.
Layan la pics yg kat bawah ni...





Me & my friends.. aku yg kiri tuh.. hehe :)


OK.. nanti sambung upload more pictures.. masa trip ni walaupun dah bertahun.. tapi kenangannya masih tersimpan.. memang best sangat-sangat! Next aku akan upload pics kt Kintamani.. tunggu...

Thursday 14 June 2012


Aku suka jalan-jalan :)
Picture atas ni kat Kuta Beach, Bali.. pic taken tahun 2008. Masa tu ada company trip.. best kat sana..





Sunset @ Kuta Beach.. cantik kan? Pada aku memang cantik.. aku suka tengok sunset esp kat beach la..



Cantik kan?

Ok la nanti aku share more pics..
Aku ni baru ajer nk berblog ni.. hehehe..tak berapa nk pandai lagi..



Indeed..

Aku adalah aku.. aku tak buleh nak jadi org lain.. & org lain tak boleh nak paksa aku tuk berubah walau apa sekalipun..